Kenangan Kurus Manik Kayu KMK Kunak


Kenangan Kursus Manik Kayu KMK 3A Kunak
Selak selak, terjumpa gambar idol ni..haha..gambar Kenangan Kursus Manik Kayu KMK 3A. Sebenarnya saya tengah cari gambar personal untuk uplod pada profile salah satu page personal saya https://www.facebook.com/junaidyjaimifans/

Dah bosan tengok gambar lama tu.. page tu, page rasmi saya, page cari sesuap nasi. Sebab tu kena guna gambar macam ic. Salah satu perkara kecik yang perlu di pertimbangkan jika mahu bergelar usahawan online wajib guna gambar sebenar. Bab ni saya akan ulas nanti (kalau rajin dan tak lupa...ee)... sekarang ni saya nak berkongsi pengalaman manis masa kurus manik kayu kmk 3a kunak ni dahulu..ee..


Apa Itu Kursus Manik Kayu KMK

Kursus Manik Kayu (KMK) ialah latihan kepimpinan pengakap. Pendek kata, ianya kursus latihan pemantapan ilmu kepengakapan, meningkat usia dari seorang kelana kepada usia pemimpin. Seorang pemimpin yang telah tamat Kursus Manik Kayu KMK dari peringkat pengenalan sehinggalah peringkat 3B akan di anugerahkan kalungan manik kayu 2 butir.

Umur seorang pemimpin yang layak untuk layak di kalungkan manik kayu dua butir wajib berusia 26 tahun minimum.




Pengalaman Manis Kursus Manik Kayu di Sk Pekan Kunak

Sepanjang pengalaman bersama kumpulan Pengakap Daerah Kunak, bagi saya ini adalah antara kenangan manis yang sangat sukar di lupakan. Ketika gambar ini di ambil, kami sedang dalam aktiviti kembara jalan kaki sejauh lebih kurang 20 kilometer.

Sepanjang ekpidisi kami, hujan telah turun dengan lebat, sebab tu dalam gambar ni saya pakai baju hujan..haha... dah basah kuyu baru pakai baju hujan tu sebab dah tak tahan kesejukan masa kembara..
dah la hujan angin pun kuat.."tidak bisa bediri mau barabah" (baca ikut dailek etnik bajau)...haha


Dah basah-basah macam tu, kami tetap meneruskan cabaran ekspidisi. Sesampainya kami di stesen lokasi yang seterusnya, kali ini kami perlu laksanakan satu tugasan.



Aktiviti ala-ala Master Chef

Oleh kerana masa kursus ni, rancangan masakan Master Chef tengah famous, entah macam mana pihak urusetia terfikir untuk buat tugasan ini.


Tugasannya, kami diberikan sejumlah wang dan kami di minta untuk menghabiskan wang tersebut untuk membeli bahan-bahan mentah untuk tugasan seterusnya iaitu masakan rimba.

Dalam keadaan basah kuyup ni jugak lah kami telah menerjah pasar raya Millimewa Superstore lokasi yang kami ambil gambar ni. (Sekarang pasaraya ni dah tutup, sebab dah berapa kali terbakar..emm)

Sedihnya pasar raya Millimewa Superstore ini telah terbakar dalam satu kejadian.


Yang BEST nya Skipper Ryan Datuk Awang Zaini, selaku wakil dari pihak ibu pejabat Persekutuan Pengakap Cawangan Sabah turut sertai kami di lokasi kedua terakhir ini sebelum kami bergerak ke lokasi terakhir di base camp Sk Pekan Kunak.

Beliau yang paling cumil dalam gambar ni..hahaa....memang sempoi gilak Skipper Ryan ni.


Semoga kenangan ni menjadi kenangan manis buat semua peserta Kursus Manik Kayu..


Tepukkkk..pengakakap!!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Jika anda rasa catatan ini bermanfaat atau anda ada sesuatu nak tanya, tinggalkan komen anda disini, komen anda sangat di hargai, tQ

Back
to top