Apa Itu Squeeze Page

Assalamualaikum sahabat pembaca..apa khabar?? Da baca artikel mengenai 3 Langkah Untuk Menjana Pendapatan Lumayan Melalui Affiliate Pantas??


Ada yang tak faham?? boleh komen pada ruangan komen seperti yang di bawah, insha Allah saya akan jawap mana yang saya boleh..

Seperti yang dijanjikan, post saya kali ini adalah berkisarkan tentang maksud dan pengunaan "squeeze page".

Tahu tak sahabat apa itu squeeze page?

Squeeze page merupakan halaman yang sangat penting bagi seorang Internet Marketer. Squeeze page adalah sebuah halaman yang digunakan untuk mendapatkan nama dan email pengunjung website anda/bakal prospek anda.

Setelah mendapatkan nama dan email pengunjung, maka anda secara sah boleh melakukan "email marketing" iaitu mengirim email untuk tujuan promosi kepada pelanggan “subscriber” anda kerana sudah mendapatkan izin dari mereka. Sekiranya website anda bukan website perniagaan, maka anda boleh mengirim email yang berbentuk maklumat berguna untuk pelanggan anda.

Memiliki daftar email yang panjang merupakan cara yang efektif untuk menjana pendapatan melalui Internet. Tanpa memiliki “list”, perniagaan internet anda sukar untuk berkembang.Dan inilah antara rahsia pakar-pakar dan syarikat-syarikat besar membuat promosi dan menjana pendapatan lumayan.

Bagi menarik pengunjung untuk memasukkan nama dan alamat email (opt in), cara yang paling umum dilakukan adalah dengan memberikan produk yang mendapat sambutan hangat. Ada juga "squeeze page" yang menawarkan informasi yang dikirim melalui email secara berkala. Setelah memasukkan nama dan email, untuk melindungi pengunjung dari spam, biasanya pemilik website akan mengirimkan email pengesahan “email confirmation” (double opt-in) yang berisi pautan (link) pengesahan yang harus diklik. Setelah mengklik pautan (link) pengesahan, maka pengunjung akan terus mendapatkan produk atau tawaran yang anda janjikan.

Cara membuat squeeze page cukup mudah karena isinya cukup sederhana.Perkara yang perlu anda titik beratkan semasa mereka squeeze page adalah:

  1. Memberikan penjelasan singkat mengenai produk yang anda berikan, sertakan gambarnya. Selain dalam bentuk tulisan, anda juga boleh menggunakan video pada squeeze page anda.
  2. Memberitahu pengunjung apa yang harus mereka lakukan untuk mendapatkan produk atau informasi yang anda tawarkan.
  3. Menyediakan autorespond untuk mengisi nama dan email seperti getresponse.
  4. Untuk membuat squeeze page sendiri anda boleh menggunakan template yang tersedia seperti di adkreator.com

Penjelasan yang perlu anda tuliskan adalah manfaat produk anda bagi pengunjung, atau manfaat pengunjung menerima informasi atau email dari anda. Tulislah dalam bentuk "bullet point" agar mudah dibaca. PERHATIAN!!!Tujuan anda di sini adalah mendapatkan nama dan email pengunjung website anda. Oleh sebab itu, "squeeze page" tidak seharusnya digunakan untuk melakukan penjualan. Perkara yang harus anda ingat juga adalah jangan meletakkan pautan (link) ke website lain kerana ini boleh menyebabkan orang meninggalkan "squeeze page" anda sebelum mengisi nama dan email mereka.


Setelah anda mendapatkan nama dan email pengunjung website anda, anda boleh mengirimkan email untuk mempromosikan produk atau website affiliate yang anda miliki. Ada beberapa perkara yang harus anda perhatikan ketika mengirim email promosi, iaitu:
  • Tulislah email anda dalam bentuk paragraf-paragraf pendek sehingga mudah dibaca dan difahami.
  • Tulislah pesanan yang ingin anda sampaikan dalam email yang pendek tetapi padat, orang jarang sekali mahu membaca email yang panjang.
  • Hindari promosi yang berlebihan. Fokuslah pada satu produk atau informasi dalam satu email. Jangan memberi pelanggan anda dengan terlalu banyak produk dan informasi kerana cara ini tidak efektif malah boleh mengakibatkan pelanggan anda pergi.
  • Berikan informasi yang bernilai agar pelanggan anda terus membaca email dari anda.
  • Berikan link agar pelanggan anda boleh berhenti berlangganan email dari anda (opt out). Ini juga menunjukkan sikap profesional anda.

setelah anda membuat "squeeze page" maka anda harus terus mempromosikan "squeeze page" anda tersebut agar jumlah pelanggan anda bertambah.


Untuk belajar lebih lanjut mengenai cara membuat squeeze page dan cara mendatangkan traffic atau kunjungan ke squeeze page anda, bacalah buku seperti “List of Exploding Squeeze Page Secrets” karangan Holly Lorene
atau anda boleh saja dapatkan tips-tips percuma pada website ini.Jika anda ingin dapatkan panduan dan tips-tips percuma dihantarkan melalui email anda, bolehlah menjadi sahabat usahawanaffiliatepro.com dengan mendaftar percuma pada >> Join this site.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk sahabat pembaca

Nantikan artikel yang akan datang cara menggunakan email autorespond menggunakan perkhidmatan "Getrespond".

Ikhlas,

Junaidy Jaimi

Internet Marketer

CONVERSATION

1 comments:

  1. Ini dia salah satu squeeze page template paling rekomended.

    FREE Done-For-You Squeeze Page Funnel Template.

    Best wishes for you.
    Richard Daris

    ReplyDelete

Jika anda rasa catatan ini bermanfaat atau anda ada sesuatu nak tanya, tinggalkan komen anda disini, komen anda sangat di hargai, tQ

Back
to top