#Tips Menulis Iklan Facebook Ads Berkualiti



Tips menulis iklan facebook ads berkualiti mempunyai konsep yang lebih kurang sama dengan mana-mana ruangan pengiklanan media sosisal yang lainya.

Tajuk iklan merupakan bahagian yang paling penting dalam kempen pengiklanan facebook ads kerana ianya adalah perkara pertama yang akan dilihat oleh pengunjung facebook.

Kebiasanya pengunjung facebook akan mudah tertarik dengan tajuk iklan dan gambar yang menarik perhatian. Cara ini amat berkesan, kerana inilah konsep utama pengiklanan di facebook atau facebook ads.

Anggapan salah tentang ayat iklan facebook ads


Bila menulis ayat iklan facebook ads, ada segelintir pengguna membuat ayat iklan facebook ads, yang menarik perhatian sendiri (golongan syok sendiri). Sedangkan tujuan utama kita adalah untuk menarik pengunjung.

Apa yang kita baca mungkin menarik untuk kita, tetapi sebenarnya tidak untuk pembaca facebook yang lain. Perkara ini yang harus kita elakkan, jika tidak, umpama membakar wang untuk perkara sia-sia sahaja.

Tips menulis tajuk iklan yang menarik pehatian penggungjung



Contoh Iklan Facebook Ads Yang Berkualiti

Berikut beberapa tips yang kita boleh adaptasikan untuk idea bagi menulis ayat iklan facebook kita.
  • Kaitkan isu hangat atau isu semasa dengan tajuk iklan, seperti GST, penemuan baru dan sebagainya.

  • Gunakan perkataan yang boleh membuat seseorang teruja. Seperti Terbaik, Terbaru, Terbongkar Rahsia, dan sebagainya.

  • Gunakan ayat yang jelas. Contohnya Jana Pendapatan Seumur Hidup Dengan Simkad BESTMobile.

  • Gunakan tajuk iklan dan gambar yang selari dengan gambar yang di uplod. Biasanya mata kita akan nampak gambar dan tajuk serentak. Jika gambar dan tajuk tidak serali, ianya akan menghilangkan mood untuk klik iklan kita.


Jika kita lihat jumlah klik agak kurang selepas beberapa hari, kita perlu ubah tajuk dan fikirkan ayat yang lain. Apabila kita perolehi jumlah klik yang konsisten barulah kita kekalkan tajuk tersebut.


Teknik menulis badan (ads body) iklan FB Ads yang berkualiti


Facebook adalah ruangan sosial, kita perlu menulis kepada satu sama lain. Secara tidak langsung, setiap pengguna facebook akan membaca apa yang tertera di paparan facebook mereka.

Biasanya pembaca facebook akan scanning iaitu membaca secara laju dan sepintas lalu. Namun, apabila mereka terlihat sesuatu yang menarik untuk di baca, mereka akan berhenti scanning satu persatu.


Bagi iklan facebook pula, mereka akan berhenti scanning apabila membaca tajuk iklan atau gambar yang menarik. Ini kerana tajuk dan gambar adalah dua perkara yang menonjol. Secara tidak langsung mereka akan scanning dua perkara ini dahulu.

Jika ayat di badan iklan kita menarik mereka, mereka akan klik iklan kita. Jika tidak, mereka akan terus membaca perkara lain.


Sebab itu mengapa penting bagi kita untuk menulis ayat iklan yang berkualiti. Kerana ini adalah salah satu sebab iklan kita akan di klik pengguna facebook.


Tips menulis badan (ads body) iklan facebook yang berkualiti 

  • Pertama kita perlu tahu, kita hanya boleh menulis sehingga 135 karakter pada ruangan badan iklan.

  • Bahagikan ayat iklan kepada dua bahagian. Ayat kelebihan produk dan ayat tindakan

  • Ayat kelebihan produk bermaksud, ayat yang memberi tahu kelebihan produk kita

  • Ayat tindakan pula, ayat yang berupaya memikat pembaca iklan kita untuk melakukan tindakan iaitu klik pada iklan kita.

Apabila kita run kempen pengiklanan kita, lihat jika hanya ada sedikit klik sahaja, kita perlu review kembali ayat iklan kita. Ubah dan cuba lihat hasilnya. 


Selain faktor penulisan ayat iklan facebook yang berkualiti ada banyak perkara lain lagi yang akan mempengaruhi keberkesanan iklan yang kita buat.

Secara kasarnya kita tidak akan tahu keberkesanan sama ada iklan facebook ads yang berkualiti atau tidak sehingga kita membuat ujian terhadap iklan yang kita buat.



P/s: Salah satu cara yang menarik untuk viralkan iklan kita di facebook tanpa Fb Ads, boleh cuba guna teknik ni klik disini

CONVERSATION

2 comments:

  1. terimakasih infonya, oiya kak mau tanya, jasa iklan facebook yang paling bagus apa ya?

    ReplyDelete
  2. Casinos Near Casino & Golf Club in Laurel, LA | MapYRO
    Casino. 15 Highway 85, Laurel, LA 70125. (853) 731-9407. 익산 출장마사지 © 2021 군포 출장샵 MapYRO Properties & Limited. All 순천 출장안마 Rights 광명 출장마사지 Reserved. 서울특별 출장마사지

    ReplyDelete

Jika anda rasa catatan ini bermanfaat atau anda ada sesuatu nak tanya, tinggalkan komen anda disini, komen anda sangat di hargai, tQ

Back
to top