Hootsuite Jimatkan Masa Update Status di Media Sosial


Hootsuite Aplikasi Mudahkan Kerja Peniaga Online

Hootsuite jimatkan masa update status di media sosial. Jika anda seorang usahawan internet yang aktif di media sosial, teapi tidak mempunyai masa untuk melayari internet 24 jam sehari, tetapi mahu dilihat sentiasa update perkembangan dan status terkini di media sosial seperti facebook, instagram, blog dan lain-lainya, aplikasi hootsuite adalah penyelesaian untuk anda .

Aplikasi hootsuite ini sangat bermanfaat dan membantu terutamanya bagi usahawan internet yang mempunyai banyak medium sosial serta mempunyai banyak Fanpage Facebook dan Group Facebook contohnya.

Bayangkan seorang usahawan yang mempunyai 30 Fanpage dan 50 Group Facebook aktif yang menjual pelbagai produk. Ini tidak termasuk akaun lain seperti Tweeter, blog, instagram dan lain-lain lagi.

Kerja-kerja update ini sudah tentunya amat memenatkan dan mengambil masa kita berjam-jam lamanya.

Kekerapan sesorang usahawan internet untuk mengemas kini status terutamanya di ruangan media sosial juga penting. Selain menunjukan ke aktifan seseorang melayari internet ianya dapat meningkatkan kepercayaan prospek anda, selain membantu untuk membantu meviralkan iklan produk di facebook anda contohnya.

Fungsi dan Kelebihan hootsuite

Antara fungsi dan kelebihan hootsuite untuk usahawan internet :


  • Fungsi post status ke pelbagai media sosial secara real-time

  • Post status boleh di jadualkan mengikut masa yang kita mahu post tersebut di paparkan

  • Fungsi untuk melampirkan gambar dan pautan turut tersedia

Paling menarik aplikasi Hootsuite ini boleh digunakan secara percuma dan tanpa perlu diinstal ke laptop / pc kita.

Anda boleh daftar akaun percuma Hootsuite anda melalaui pautan berikut https://hootsuite.com/.




CONVERSATION

4 comments:

  1. Satu artikel yang baik untuk dikongsikan...
    Terbaek JJ

    ReplyDelete
  2. terima kasih tuan..semoga bermanfaat..

    ReplyDelete
  3. Terims kasih, perkongsian menarik, ilmu bermanfaat.

    Zawawi japilos
    BM0002999

    ReplyDelete

Jika anda rasa catatan ini bermanfaat atau anda ada sesuatu nak tanya, tinggalkan komen anda disini, komen anda sangat di hargai, tQ

Back
to top