#Hari Oren



08 April 2015 hari Rabu, kemarin Hari Oren untuk JJ. Terasa entri ini menarik untuk JJ sematkan dalam ruangan blog JJ. Ya lah dalam menjalani kehidupan sehari-hari, mesti ada hari yang kita akan rasa pelik, bersemangat macam semangat gaban atau apa-apa sajah lah yang membuatkan hari yang kita lalui pada hari itu rasa lain. Jadi hari ini, tarikh ni Hari Oren buat JJ...haha

 Kenapa Hari Oren?? 

JJ nak bagi tahu Hari Oren JJ ni tiada kaitan langsung dengan buah oren, apatah lagi oren mandarin. Ha sudah, hari ini jauh dari hari Tahun Baru Cina kalau nak bercerita pasal buah oren mandarin tu.


Hai Oren JJ ni sebab satu hari ni JJ banyak berhadapan dengan warna Oren. Kalau anda perasan, blog JJ ni pun dah warna Oren..haha dah macam warna tema Simkad BESTMobile pula...semua oren..haha


Semua ni bukan di rancang, berlaku secara spontan, sebab itu mengapa JJ rasa hari ni agak special untuk JJ dan isteri. Antara Oren yang JJ hadapi hari tu, pakai baju warna oren, isteri pun pakai baju warna oren..walau duduk sebumbung..tidur sebilik entah macam mana boleh tak perasan.

Masa "time" balik rumah tengah hari, masa duduk di meja dapur nak makan tu baru perasan..haha...masa tu jugak sedang nak minum air, gelas pun warna oren..


Maksud di sebalik warna oren

Erm....JJ tertarik hati untuk nak tahu, cerita mitos yang berkaitan tentang warna oren ni.. sesaja untuk isi sedikit masa.. alang-alang dah jadi oren..haha

Google, punya google, terjumpa satu enrti berkaitan warna oren (jingga) dalam satu enteri wikepedia.

Oren merupakan warna antara merah dan kuning dalam spektrum nampak. Panjang gelombang sekitar 585-620 nanometer.
Warna Oren ialah warna bernama tunggal dalam CSS yang tidak ditakrif oleh HTML 4.01
Erm.. entri menggenai warna oren yang JJ cerita ni kalau anda rasa berminat nak tahu klik saja link ni http://ms.wikipedia.org/wiki/Jingga 


Kaitan warna oren dengan kehidupan seharian

Pasal benda ni JJ sendiri tidak pasti, antara maksud yang tersirat tentang warna oren yang boleh dikaitkan dengan kehidupan, JJ tertarik dengan entri pada blog komunikasi warna.

Ulasanya lebih kurang bermaksud warna oren ni warna yang membawa kecerian, keharmonian, semangat.

Namun pemakaian warna oren berlebihan boleh menyebabkan tingkahlaku yang tidak bertanggungjawab, resah dan gelisah.

Sejauh mana kebenaran warna ini mempengarhui kehidupan kita waullah walam.

Patutlah JJ rasa macam ada power ranges kemarin haha..

da.da..da setakat ini sahaja lah entri mengenai Hari Oren.. makin panjang nanti ada juga yang meluat..haha..tak pasal-pasal jerak nak datang blog JJ lagi..

apa pun terima kasih lah kepada anda kerana sudi melawat dan baca enrti Hari Oren JJ..


Semoga anda  cargasss selalu..


P/s: Maaf tiada gambar berkaitan Hari Oren JJ sempat post, dah namanya spontan...hehe

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Jika anda rasa catatan ini bermanfaat atau anda ada sesuatu nak tanya, tinggalkan komen anda disini, komen anda sangat di hargai, tQ

Back
to top