Mengenali Pemasaran Email

Bagaimana menggunakan email sebagai medium pemasaran?

Maksud dan fungsi pemasaran email dengan mana-mana kaedah pemasaran secara asasnya adalah sama, iaitu kita inginkan maklumat,informasi, promosi atau jemputan kita sampai kepada seberapa ramai orang atau kepada golongan-golongan tertentu. Cuma kaedah yang digunakan adalah secara online menggunakan email.


Pemasaran Menggunakan Email

Kelebihan Menggunakan Pemasaran Email

Boleh di katakan hampir semua peniaga online atau internet marketer menggunakan pemasaran email untuk tujuan promosi dan pengiklanan mereka. Dan kebanyakan mereka yang menggunakan pemasaran email ini mempunyai keuntungan berlipat kali ganda.

Pengalaman saya sendiri, pernah melihat bagaimana seorang penulis blog yang menggunakan pemasaran internet memperolehi jualan belasan ribu dalam masa 4 hari sahaja untuk satu produk informasi. 

Antara kelebihan menggunakan pemasaran email ini adalah :


  1. Murah tidak perlukan kos yang mahal, hanya perlu bayar kos untuk melanggan autorespond
  2. Mudah untuk dilaksanakan, sesiapa sahaja boleh belajar pemasaran ini
  3. Hanya memerlukan sebuah laptop/pc dan sambungan ke internet
  4. Boleh mempromosikan produk kepada pelanggan yang sama berkali-kali
  5. Boleh mempromosikan 1 produk kepada beribu orang dalam satu masa hanya dengan menghantar satu email sahaja.

Siapa yang sesuai menggunakan pemasaran email

Boleh dikatakan apa-apa sahaja produk atau pun informasi yang anda mahu ianya di iklankan boleh menggunakan pemasaran email. Contohnya seperti berikut :

Produk Informasi
  1. Ebook Panduan Belajar Bahasa Inggeris
  2. Belajar Saham
Contoh syarikat yang menggunakan pemasaran email untuk mempromosikan produk fizikal

  1. Lazada
  2. Zalora

Sebagai makluman dan jemputan dan hebahan maklumat kerjaya. Contoh jabatan yang menggunakan email sebagai hebahan :

  1. SPA

Bagaimana memulakan pemasaran Email

Sebelum memulakan pemasaran email, sebaiknya anda sudah faham, dan menyediakan beberapa perkara seperti berikut :

  1. Faham apa yang anda hendak sampai, kepada golongan siapa anda hendak sampaikan.
  2. Landing page / squeeze page - Tapak web yang yang anda sediakan untuk anda mengumpul nama dan email pelanggan anda (data base pelanggan anda)
  3. Autoresponder - Perisian online yang anda kena sewa untuk menjayakan pemasaran email


Sekiranya anda mempunyai produk dan menggunakan internet sebagai medium pengiklanan, amat rugi jika anda tidak mengambil peluang untuk menggunakan sebagai pemasaran email sebagai salah satu medium pengiklanan anda.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Jika anda rasa catatan ini bermanfaat atau anda ada sesuatu nak tanya, tinggalkan komen anda disini, komen anda sangat di hargai, tQ

Back
to top