Panduan Ringkas Sebelum Memulakan Perniagaan Internet

Assalamualaikum,salam sejahtera sahabat pembaca. Ok pada kali ini saya akan berikan sedikit panduan yang ringkas untuk anda sebelum memulakan perniagaan internet. Apa yang perlu anda lakukan terlebih dahulu? Ok boleh cuba panduan yang saya berikan di bawah langkah demi langkah.

Rancangan Perniagaan

Apa yang perlu anda nilai disini adalah seperti :

1.Berapa modal yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan anda
2.Berapakah potensi nilai keuntungan yang anda perolehi
3.Apakah strategi pemasaran anda

Persedian Tempat Kerja Dan Alatan

Persediaan tempat kerja dan alatan disini merujuk seperti berikut:

1.Mempunyai ruang yang selesa jika merancang untuk buat dirumah
2.Komputer/laptop
3.Talian internet (broadband/wifi dan sebagainya)

Hukum agama dan Undang-undang Negara

Anda wajib membuat sedikit kajian dan siasatan mengenai perniagaan internet yang anda ingin ceburi.


Perancangan Membina Perniagaan Internet

1.Pilih satu niche untuk perniagaan anda.
Niche bermaksud bidang.Contohnya anda pakar cetak baju,fokus kepada satu bidang terlebih dahulu

2.Dapatkan produk
Cari produk sama ada, anda hasilkan sendiri, atau dari pihak lain (agen affiliate)

3.Pengurusan produk
Tentukan cara anda untuk menghantar produk anda kepada pelanggan. Fikirkan satu kaedah sahaja

4.Nama perniagaan
Seeloknya yang ringkas dan mudah diingati

5.Dapatkan website dan medium pembayaran
Siapakan website anda seperti blog,minisite,facebook dan sebagainya sebagai tempat atau medium untuk anda mempromosikan produk anda

6.Dapatkan hosting
Pastikan anda memilih hosting bersesuiaan dengan bajet anda

7.Bina mailling list
Ianya adalah asas untuk menyimpan dan mengumpul data maklumat email prospek anda. Pastikan mailling list anda berkualiti. Sentiasa berkongsi tips dengan senarai email anda.

8.Pasarkan laman website anda

Perlu diingat disini, anda kenalah jujur dan bertenang dalam melakukan perniagaan internet. Kerana, tidak mungkin hari pertama anda menjejakkan kaki dengan perniagaan internet anda terus bergelar jutawan. Anda kena rasional dalam hal ini. Selepas beberapa tahun mungkin ianya terjadi. Namun sekiranya anda tidak mulakan sekarang, anda akan tetap jadi manusia yang sama pada masa akan datang.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Jika anda rasa catatan ini bermanfaat atau anda ada sesuatu nak tanya, tinggalkan komen anda disini, komen anda sangat di hargai, tQ

Back
to top