Belajar Buat Duit Dengan Internet

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Jumaat sahabat2 pembaca. Sebagai mukadimmah pengenalan blog usahawanaffiliatepro.com merupakan sebuah blog yang akan berkongsi sedikit,sebanyak mengenai ilmu dalam dunia perniagaan internet,internet marketing atau ringkasanya [im] . Dalam penulisan saya dalam blog ini akan banyak berkisar lebih kepada Affiliate Marketing. Apa yang terdapat dalam penulisan saya merupakan sebahagian pengalaman dan pengatahuan saya sendiri berkaitan [im]. Oleh sebab itu juga mungkin ada kesilapan-kesilapan dari segi pemahaman dan penyampaian saya mengenai dunia perniagaan internet ini. Diharap pembaca-pembaca dari rakan-rakan [im] diluar sana yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang ini untuk memberi teguran berbentuk komen kepada saya,sekiranya ada kesilapan dalam penulisan blog ini. Selain berkongsi idea dan pandangan mengenai internet marketing. Saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan. Tahukah rakan-rakan, sahabat pembaca diluar sana, bahawa memang wujud sumber rezeki melalui internet marketing ini. Dan di tanah air kita Malaysia sendiri telah lahir jutawan-jutawan internet kita sendiri yang tidak asing lagi dalam bidang ini seperti Irfan Khairi(jutawan internet termuda),Gobala Krishnan (jutawan era baru),Jamaluddin Bahari (pakar e-book), Ammar Zahar (pakar pelancaran produk), Norizam Shah (pakar ebay Malaysia), Adly Mukhtar (pakar bisnes dropship), Rahman Basri (pakar buat duit tanpa modal) sifu saya sendiri,Gezo Azrul (pakar bisnes sosial media)dan rakan sahabat saya sendiri iaitu Oswald Justin (pakar fbads+affiliate) dan ramai lagi. Mereka ini sendiri telah membuktikan bahawa anda sahabat pembaca sendiri boleh menjana income yang lumayan melalui internet marketing sahaja. Apa yang penting adalah minat dan usaha yang berterusan serta tidak mudah putus asa adalah tips dan resepi kejayaan untuk mereka yang ingin berjaya dalam bidang ini. Walaubagaimanapun untuk berjaya,langkah pertama adalah syarat kejayaan anda pada masa akan datang. Sekali gagal cuba dan terus mencuba sehingga anda berjaya. Dan sekiranya anda adalah newbie dalam [im],anda berada dalam landasan yang betul, kerana blog ini akan membantu anda untuk mempelajari pelbagai maklumat berkaitan [im] untuk dikongsikan. Harapan saya, semoga blog ini bermanfaat dan berfaedah untuk sahabat pembaca di luar sana.

CONVERSATION

1 comments:

  1. saya percaya memang boleh buat duit malah boleh jadi jutawan dengan internet. Tapi sejak update panda baru-baru ni banyak method lama dah tak berkesan. harap admin boleh tunjuk ajar cara yang masih relevan. saya cuma tahu kerja online sahaja.


    [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

    ReplyDelete

Jika anda rasa catatan ini bermanfaat atau anda ada sesuatu nak tanya, tinggalkan komen anda disini, komen anda sangat di hargai, tQ

Back
to top